emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

Wednesday, February 12, 2014

D.I.Y Props Wedding/Engagement/Party dll.





      props adalah mainan untuk tetamu . yelah untuk bergambar kan at least ade lah props. tak delah tiang je
      ambil gambar dengan tuan rumah kan hahah :p maka aku nak share dengan korang DIY props dan ye
      ianya taklah susah mana pon malah JIMAT weh tahap mati!!!!!




     selagi boleh jimat , jimatkan wang anda. hulurkan wang anda ke arah yang lebih penting. benda remeh
     sila buat sendiri dari order kat orang yang mahal cas nya. pakai sekejap je. tak kemana. at least
     buat sendiri pueh hati dan tau nak buat banyak mana.


     maka aku dengan adik aku buatlah props. gunting sana sini bagai mau riok gak lah tangan ni tapi tak pe!
     semangat! yang penting ikelosss..



     bahan-bahan yang kita perlukan pon tak susah mana pon. senang je nak dapat di pasaran, kedai-kedai
     runcit seman yang berdekatan dengan bajet rm 5.00 sahaja. kalau hado lagi harga bawah rm 5 henget lah      -.-



  • gunting
  • gam
  • manila card
  • kertas A4
  • print
  • lidi sate
  • kesabaran
  • sepasanng tangan yang lemah gemalai
  • tv supaya tak bosan time gunting

     

search google taip props photobooth dan 
korang boleh pileh design mana korang nak dan PRINT!



pisahkan satu persatu untuk memudahkan korang gunting 
di celah celah keti masing masing


gunting dengan cermat lagi haluuusssss


dah gunting ? lambakkan dalam bekas yang comel supaya korang
ada mood nak buat.


tampal kan di atas manila card supaya ianya dalam keadaan
keras tak lembik macam kentang goreng 
kalau rasa korang anak kaya sangat print direct je atas kertas mahal
lagi keras lagi membazer :D


gunting ikot design dan siap!


testing dulu supaya ianya HAVOC untuk di pakai


lekatkan dengan lidi sate yang mana korang boleh 
beli dekat kedai rm 2 henget je


SIAP! JIMAT! PUEH HATI!




     kalau tengok kat luar orang jual ni mahal nak mampos walhal nak buat pon tak delah susah sangat
     tahap nak buat tu kiranya boleh tido bedengakur lagilah nak buat tu. apadehal ann.. ann.. baik duit
     tu simpan beli peti televisen boleh gak tengok abang jebat ari-ari kat astro MAYA <3 <3 ~melting~


     ok tu je. selamat mencuba semua :) . 
     aku tengah tambah lagi design props ni. ni baru separuh. ;D
     









   

Tuesday, February 11, 2014

Makeup Farah Mendoza Top top Meletop




     dah lama aceli kenal fara mendoza ni sejak dari zaman myspace . sampai lah sekarang. dan aku
     di beri tugasan oleh farah mekap muka dia untuk beberapa majlis/program . maka mekaplah...
     kelakar orangnya , peramah orangnya . kalau orang tak kenal dia secara rapat memang nampak
     sombong tapi sebenarnya tak. ini bukan bodek ke hapa tapi hakikat, dia peramah dan gila-gila
     tahap nak mati . banyak cakap pot pet pot pet. no wonder orang senang, selesa dengan dia .


     baru-baru ni yep aku mekap dia tok beberapa hal dialah. aku jalan kan tugas aku. kadang-kadang aku
     tengah mekap dia , dia akan ajar aku jugak bab mekap. camni haaa..kau kene camni.. -.-' hahahah tapi
     takpe aku ok je sebab dari situ kita boleh tau apa-apa yang kita tak tau dan dah pon jadi tau. maka
     aku pon sampai dah tau dia suka makeup yang macamana, suka pakai bulu mata jenis apa..




baju biru ni makeup dia tok pergi istana budaya


yang ni pulak makeup tok photoshoot baju-baju spnsor yang dia dapat







yang ni pula makeup dia tok die pergi dinner


yang ni pula makeup dia tok pergi anugerah meletop 2014






     kalau korang perasan dia ada berlakon dalam beberapa drama tapi yang terbaru sekarang ni
     cerita PROJEK MEMIKAT SUAMI yang sekarang tengah main dekat astro ria. dia pegang
     watak PET kawan HUSNA .. ha tu dialah.  jadi tengok-tengoklah cerita tu ya plus cerita tu memang
     best kelakar kan! :D




    
    ok sampai sini jelah. aceli ade picture wedding makeup aku tak share lagi. tapi takpe nanti aku share
    hokeh. 


    terima kasih sudi membaca :)