emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

Wednesday, August 21, 2013

Jum kita cipta beg makeup sendiri!




      ✿  Assalammualaikum  


     Fuh! fuhh!! habok habok! lama kot tak update.. *lama lah sangatttt.. dah masuk bulan lapan. puas bercuti 
     selama sebulan dari makeup pengantin. bila dah masuk bulan baru, ada date dengan customer untuk makeup
     macam biasa, jadi kenalah asah balik skill makeup yang dah lama tepu lagi lemak santan ni. 


     dah lama aku nak beli beg mekap untuk berus aku. sebab susah asik letak botol khas untuk berus makeup.
     kena tunduk siket bagai, penat pinggang. -.-' .tapi asik lupa!  tengah-tengah jalan dekat jusco singgah
     lah satu kedai ni. hasrat nak cuci mata je tapi apakan daya, nama pon perempuan kan.
     jadi tak sahlah kalau tak membeli secupak dua cupak barang yang ada. siapa lagi nak beli kalau bukan kita.         



     tiba-tiba mata aku yang kuyu lagi munggil ni pon terpandang satu bag ni.. haaaaa bukan sebarang bag tau.
     ni bag untuk letak tukul besi, hammer, skru bagai tau. aku tengok macam cantik je. harga? rm 2.80 sen lah 
     weh.. aku piker aku nak buat dengan bag ni. tengok je. pastu ahahaaa!!! bag makeup! tempat letak berus
     makeup aku. 




cantiklah warna bag dia, cute macam kambeng


      maka aku pun belilah satu. jadi sampai je rumah aku pon keluarkanlah senjata aku yang dah lama aku
      simpam dalam peti besi. ahaiiii.. lama rasanya tak menjahit.. kaku. -.-' . nampak sangat busywoman.
      lalu aku jahit bag yang pada asalnya untuk letak skru, hammer bagai ke bag berus makeup aku. yang
      macam ni senang tau. sebab kita boleh letak dekat pinggang kita. haaa.. sling bag gitu omputeh kata.



rm 45 orang jual dekat luar
yang ni yang orang jual di pasaran. untuk letak berus makeup
then kita boleh pakai dekat pinggang kita. ok? pinggang kita. bukan pinggang jiran sebelah


     aku pun jahitlah beberapa bahagian. see! berus makeup pon ada ngumah tau.. betapa prihatin nya aku ni.
     taraaaa... mempersembahkan! 



rm 2.80 sen . hasil aku jahit sendiri . 
ye aku jahit. -.-' cool kan?
inilah sling bag hasil jahit dahku sendiri yang pada asalnya untuk letak tukul besi bagai
*aku just jahit bagi ade poket-poket.. aku jahit bagi ada 9 bahagian


     kita nak hidup ni kena kretip! hahahah kalau kretip dapatlah jimat ongkos.bukan kedek kedek!
     hahahah tapi menabung!  hahahah rm 45 aku boleh beli pizza hut! ;p ohoiii enak lagi.
     jadi maybe korang boleh try buat kan.. ? 



" selamat hari raya korang :'D "





   



4 20000 orang nak tau RAHSIA bunga!:

100,000 PENGOMEN SETIA!!