emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

Saturday, April 28, 2012

Tips memilih warna,corak baju yang sesuai dengan badan

" Ish , nak pakai baju apa ni..tak tau lah!...arghhh!! "


Rungut peah / sood masa ak pileh pakaian . Halah ..dari segi aspek bentuk tubuh badan, warna kulit juga perlu kita tengok adakah baju itu sesuai dengan kita atau tidak.Kang kalau salah pakai, mahu macam badot.Hikhokhikhokhikhok.

Ok kali ni kita nak share tips cara-cara pileh baju,warna yang sesuai ! Yezzaa,,suka tak suka tak? So jangan bagi alasan lagi lepas ni kata " saya gemok,pendek,hitam,katek,ranek ....mana sesuai pakai baju macam lisa surihani tu " .. -..-'

Kita kalau nak buat sesuatu kenalah yakin dan percaya ! Set kan dekat minda kita yang " aku boleh! ,kalau orang lain kenapa tidak aku?!! "


So, ayuh bangkitlah kamu dari kepompong keke-maluan kamu tu... ( malu, segan ..jangan fiker bukan-bukan hokey...cepok kang! )

Jom kita mula!











  • kalau korang jenis kulit gelap
          1. Pilih warna yang berlawanan dengan kulit.
          2. Contoh :  warna cerah & lembut seperti putih, khaki, biru lembut, kelabu & pink. 
          3. Elakkan warna coklat gelap, hitam, merah gelap dan hijau ( DILARANG SAMA SEKALI! )




.......................................................................






  • kalau yang jenis kulit putih 
          1. Pilihlah warna terang, lembut dan pastel.
          2. Disyorkan warna putih, coklat, biru terang, merah dan hitam.
          3. Elakkan ungu, jingga (oren) dan kuning.




................................................................




  • kalau yang jenis kulit cekelet ( sawo matang )
          1. Warna terang & gelap boleh serlahkan kulit secara keseluruhan.
          2. Disyorkan hitam, putih, merah jambu dan biru laut.

...............................................................




Badan gempal dan rendah

Badan begini sesuai dengan baju berwarna gelap, corak garis menegak atau corak bunga kecil. Elakkan dari memakai skirt labuh yang kembang kerana akan menampakkan lebih rendah dan gempal.


Badan gempal dan tinggi

Individu seperti ini lebih sesuai dengan baju yang berwarna gelap juga serta corak bunga yang kecil. Corak bunga yang besar akan menampakkan lagi kegempalan individu  tersebut.

Badan kurus dan rendah

Orang seperti ini sesuai dengan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Bagi memperlihatkan dirinya. Corak garis menegak sesuai dipadankan supaya nampak lebih tinggi. Jika ditambah dengan kasut bertumit tinggi dapat membantu menambah ketinggian serta kedewasaan.


Badan kurus dan tinggi

Penampilan baju yang sesuai ialah warna yang cerah dan corak melintang serta bunga baju yang besar supaya mengurangkan dia dilihat terlalu kurus. Corak yang melintang dan besar dapat memperlihat  bahawa individu tersebut lebih gempal.
\
Ha.... dah dapat tips kan?? senyum-senyum nampak?? huehuehue..Ok lah...so lepas ni jangan sesekali rasa down ke apa ok...yakin boleh! 

" jika kau kau fikerkan kau boleh..kau boleh melakukan..kau boleh! "



Contact Lens itu sangat...

Sangat cantik, osem,...sambungan tajuk....

Assalammualaikum.Kali ini entry kita berkisahkan contact lens...Yang pasti dah menjadi satu trend para gadis atau lelaki menjadi pengguna kepada contact lens...Contact lens ada macam-macam corak.Kau nak corak hantu?sundalpolong?harimau?doll?bagaiiii...semua ada.Klik je kat fb yang pasti adalah manusia-manusia yang menjualnya.Macam aku juga adalah pengguna contact lens.Aku tak rabun,tapi nak lah juga kan merasa.So kalau macam aku, aku akan pileh yang tak ada power.Dan aku ada beberapa koleksi yang tercipta tapi dah buang setengah sebab dah tak boleh pakai kan.So kali ni jom kite revies pasal contact lens.

Kali ni kita dapat sponser dari Cheap Kore Lens."Tq to wahidah ! ...sangat sukakannya!..."



LEOPARD CIRCLE LENS



Ini adalah contoh lens..Ianya akan disimpan didalam botol kecil dengan kemas.
p/s : aku suka kumpul botol baby ni..omey je ^__^


Kita dapat yang warna brow terang.Dan setelah memakainya ianya osem dan membuatkan mata kita yang kecil menjadi besar.Comel je bila tengok.





sangat osem dan comel kan..Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat kita snap ketika memakainya.

Keputusan saya ? 

Kita sukakannya sebab ianya selesa bila dipakai,dan warna nya pun sangat memikat hati kita.Sebab kita senditi sukakan lens yang berwarna brown sebab ia nampak natural.Dan ianya sangat senang bila dipakai.Dan mata pun tak sakit!Sebab lens ini tidak terlalu keras.So dia agak lembut lah tapi macam yang kita katakan ianya selesakan mata kita dan osem! I LOVE LEOPARD act.!~


Warna ?

Warnanya menarik hati.Walaupun lens ni warna brown tapi still nampak macam natural.Dan yang penting comel!



Keseluruhan ?

Osem!!



PRO ?

Sangat osem dan harga pun berpatutan.Semua orang boleh dapatkannya!




CON ?

16.0mm LOVE IT!!




..............................seterusnya........................



DISNEY LENS




Kali ni warna biru dan jenis lain. ( klik pic )


Ini adalah warna-warna yang lain.Tapi macam kita pileh warna biru.Sebab kita suka warna biru sebab ia akan lebih menyerlah .



Origin : South Korea
Water Content : 45%
Diameter : 16mm
Duration : 1 year disposable



Sebelum ini kita ada lens yang rupa macamni juga.Tapi itu puffy 3 tones.Ianya sangat osem dan menjadi kesayangan kita.Sebab bila pakai yang itu , mata kita akan kelihatan lebih seksi.So kalau mood rasa nak seksi-seksi,kita akan pakai lens puffy 3 tones.Tapi bila kita pakai yang ini ( shimmer aqua ) ianya sangat osem sebab macam nak sama dengan yang puffy 3 tones cuma beza dari segi corak sahaja.



Warna ?

Warna dia sangat cantik, dan bila kita dibawah cahaya, warna itu akan menjadi lebih menyerlah lagi.



Keseluruhan ?

Seksi!









So kepada korang-korang yang mana nak review lens jenis lain pula bolelah pergi ke :






owner lens : 







So apa lagi...review cepat!! Kita dah ada...awak bila lagi ? ^__^






Friday, April 27, 2012

Petua suara sedap,merdu bak ....

"Satu persatu teman 
ada di sekelilingmu
satu persatulah jua
tinggalkan dirimu
cumalah aku sahaja......."

lagu by : Datok Siti Nurhaliza
tajuk : cer cari cer cari kat google..




Apabila kita mendenar penyanyi menyampaikan lagu,merduya...membuatkan kita "terlayan" dengan nyanyiannya.Apabila mendengar qatiah sedang mengalunkan bait-bait ayat..sungguh merdu bunyi nya membuatkan kita terdiam dan terpesona.Berasa cemburu dalam hati kerana mereka memiliki kelebihan itu tapi kita...?

Alah,jangan lah cemburu atau negatif je mikioooo...Kita ada tipsnya..dan alhamdulillah kita sendiri dah try buat dan mujarab..Dan disamping itu juga ianya baik untuk diri kita juga.Nak tahu apa dia? 




Air suam,Yep yep! Air suam tersangatlah osem dimana ia akan membuatkan suara kita menjadi merdu bak seludang ( eh eh ) Serius sangat mujarab! Trust me! Bukan nak kata apalah, sebab masa aku sekolah aku try minum air suam tanpa henti non stop.Tak sentuh langsung air sejuk.Sebab time itu aku dengar AWIE ROCK tu cakap nak suara sedap minum air suam je,Ziana Zain, Siti Nurhaliza pun kata macamtu.So aku pon apalagi torai dan hasilnya sangat osem dan nonggek-nnggek dibuatnya,huehuehue...Yang penting jangan sesekali minum air ais!! DILARANG SAMA SEKALI! Alah lagi pun air suam ni pun kan elok tok badan kita juga...tak gitu cik peah,kiah,senah,sood?


p/s : tapi kalau dah sedap semulajadi itu tak boleh kata apalah kan...syukur.. 

Tips yang lain pula adalah :

1. Banyak meminum air suam atau air mineral.
2. Boleh juga selalu memakan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan. Antaranya epal, tembikai dan seumpamanya.
3. Elakkan meminum minuman berais dan bergas.
4. Elakkan atau mengurangkan pengambilan minuman yang berkafien seperti kopi dan teh. Jika anda penggemar teh, boleh meminum teh pudina sebagai ganti. :)
5. Begitu juga dengan coklat. Kalau boleh kurangkan pengambilannya sama ada coklat untuk dimakan mahupun minuman yang mengandungi coklat.
6. Mengamalkan meminum madu asli setiap pagi.
7. Mengamalkan minum air asam jawa buatan sendiri.
8. Kurangkan memakan makanan bergoreng atau berminyak.
9. Tidak merokok. ( Katakan tidak pada MEROKOK! )

Dan satu lagi petua untuk dapatkan suara merdu dan sedap adalah jeng jeng jeng :

1. Anda sediakan dua biji limau nipis.
2. Kemudian belahkan kepada empat bahagian.
3. Perahkan limau nipis tersebut ke dalam cawan.
4. Seterusnya tambahkan sedikit kapur dan sedikit garam ke dalam cawan tadi.
5. Lepas itu, tambahkan pula satu sudu makan madu asli.
6. Kacau kesemua bahan tadi dan minumlah sampai habis.
Anda boleh mengamalkan meminum campuran bahan-bahan di atas seminggu sekali. Jika diizinkan-Nya, suara anda akan lebih sedap. Selain itu, petua di atas dapat menjaga, memelihara serta mengekalkan kemerduan suara anda.

Tapi kalau nak senang minum air suam je sudah cukup ^_^ huehue...Selamat mencuba! 
sambung nyanyi...

" Dia...
insan pertama yang ku cinta....
Dia.... "

Thursday, April 26, 2012

Tips bagi lipstip tahan lama

Assalammualaikum.Biber adalah aset wanita..Huahuahua..aset gitu..Ok foine!..Ada yang suka warna merah,pink,cekelet dan seantero nya lah..So kali ini kita nak share tips cara-cara pakai lips supaya nampak osem dan tahan lama.Insyallah ~


pastikan biber korang itu bebas dari sebarang jenis aktiviti hokeyy...kemudian




lepastu korang pakaikan biber korang itu dengan foundation.Apa-apa jenis pun tak kisah janji foundation.Cap brand ke, putusami ke apo-apo jolah bebas! Sapu kat biber munggil tu dengan asyik. Sebab apa nak kena letak foundation? Sebab supaya warna lips itu tahan lebih lama dan juga warnanya tak adalah nampak "garang" malah akan kelihatan " baby-baby" gitu...ahakkss..~



lepastu korang pakailah apa jenis lipstip ( betol ke aku eja ? ) pilihan korang..nganga!Nganga lebar-lebar macam ni..


hahah...osem bukan...

lepastu...



pakai lip gloss dekat anak panah yang aku buat itu.Bahagian tengah atas dan juga bawah...So hasilnya..


mudah bukan? So apa lagi? Try it! huehue...Lepasni munggil lah biber korang yang seksoss uh..
Selamat mencuba ^__^




Petua menjaga rambut

Assalammualaikum.Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita.Even yang bertudung pun, rambut still juga dijaga dengan rapi.Right?Ramai orang mengalami masalah rambut macam rambut gugu,mudah kusut masai..( eh eh ) , rambut nipis atau jarang-jarang gitu, kelimumur dan macam-macamlah.Dan bila ini berlaku ia akan memberi effect kepada diri kita bila nak berdepan dengan orang ramai an an an...So kali ini kita nak share lah dengan korang tips jaga rambut tapi dengan tradisional.Macamana?Mudah sahaja.


Petua tradisional sebenarnya lebih asli dan tiada kesan sampingan sebenarnya. Namun masalah yang sering di hadapi dalam mengamalkan petua menjaga rambut tradisional ini adalah cara untuk mendapatkan bahan-bahan mentahnya lah.. Oleh itu ramai daripada kita mengambil langkah mudah dengan membuat treatment secara moden sahaja senang.. beli aja di watson n guardian..




Petua Mengelakkan Rambut Gugur





Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya, ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih. Ulangi dalam beberapa kali dalam seminggu dan pasti membuahkan hasil yang memuaskan.
Daun bunga raya jugabertindak melembutkan rambut dan lidah buaya boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut.
Santan juga adalah bahan yang di gunakan untuk melebatkan rambut. Pati santin di lumurkanpada kepala dan di biarkan setengah jam sebelum di cuci.


Masalah Rambut Kering

Rawatan minyak panastentu saja untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak syuran) kemudian lumurkan padan rambut menggunakan jari. Kemuadian pekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. ala-ala stim lah ni. Biarkan dalam20 minit dan bersihkan.



Menghitamkan Rambut

Bakar isi kelapa tua kemudian di parutdan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkanya.






Masalah Rambut Berminyak

Campurkan Syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah sepertibiasa.





Cara buat shading

Asslammualaikum...Kali ni topik kita adalah shading.Shading apa? Shading hidung , muka dan seanteronya..Yeah kali ni kita share yeah mana yang kita mampu lah...Makeup itu akan menjadi cantik bila adanya shading..Trust me! Biasanya shading ni kita guna warna gelap macam brown gelap.So akan nampak vavaoom disitu.Cewah tak kose maq..So jom kita ke kelas shading :


inilah adalah point-point shading yang perlu kita pertitikberatkan

Kalau kita tengok dekat kawasan dahi, dagu dan di bawah mata tu ada higlight kan? Yeah disitu adalah pint dimana kita perlu higlight kan supaya nampak anggunnya disitu cewah...Biasanya kalau part higlight ni kita guna makeup khas yang higlight tu tapi if korang tak ada, korang boleh lah guna eyeshadow warna putih yan jenis shiny tau.Then blend..Trust me! Osem gile.Nanti dalam gambar kerlas muka akan shiny-shiny macam retissss.

Dan bahagia yang contour tu pula kita guna warna brown gelap macam yang kita katakan tadi.Supaya nampak shape disitu.So nampak canteklah.Tak adalah macam kosong je meh.Shading ini juga sebenarnya penting tau kerana ia dapat membuatkan hidung yang kembang,kemek,leper dan sekeluarganya menjadi mancung tanpa membuat pembedahan pelestik.Itulah kuasanya MAKUEP!Dan pipi yang bulat,kembang semangkung akan nampak kurus comel je sebab kita dah buat shading! Hip hip hoyeahh!



So macam dekat gambar kartun atas ni yang warna cekelet tu lah kita kena buat.Dari atas ke bawah dan kemudian blend kan ia keluar.Kemudian letak warna putih di batang hidung tu dengan sopan.Atau pun nak lebih senang dan cepat dan sesimple yang molek nye lah korang boleh buat shading setail korea dengan cara ambil eyshadow warna putih apa-apa jelah jenis shiny ke jenis kapur ke, kemudian teros je sapu kat batang hidung tu.Siap !Mudah bukan.Trust me! Sebab kita macam kita pergi kerja pon buat macam tu je, mudah,ringkas,cepat,lagi berwibawa..eh eh.. -..-'



So macam yang dekat gambar model atas ni,see kita pun boleh nampak kan effectnya.Sangat osem bukan.So apa lagi, try it! ^_^

Selamat mencuba

Cara blend eyeshadow makeup

Assalammualaikum..lama dah tak updated blog..ok lepas ni ingat nak update je lah banyak kali...huhuhu....ok...kali ni kite nak cerita pasal cara blend eyeshadow makeup...yelah sebab ramai yang tahu tapi cara nak belnd tu yang camnoo ni haa..payah bonar...eelahaii..ok so kat sini kita sertakan satu gambar...dan kita akan ceritakan satu persatu ok..




maaf if gambar kat atas ni macam kecil siket...hurm...so pertama sekali " 1- makesure letak warna putih dulu kat seluruh kelopak mata supaya warna mata itu akan nampak lebih lembut je..so tak delah macam keras sangat. 2- pileh lah warna apa-apa yang menjadi pilihan jati..so kita ambil contoh ungu/purple 3- sapukan purple dekat seluruh kelopak mata 4- gunakan berus dan blend kan ungu tadi dengan cara tolak ke atas...makeup ni macam kita mewarna...main warna..makin gelap,ke makin cerah..faham meh? 5- guna warna gelap contoh dark brown atau black color dan letak kan di sudut luar mata yang bahagia belakang...bukan depan..tapi belakang..lepastu.. 6- blend guna berus tadi.Tolak kan keatas,ke depan ke belakang supaya ade tone warna itu dan sebati..Ewah macam main masak-masak pulek. 7- nak osem lagi letak warna putih shiny dekat bahagian depan mata sudut. Akan nampak osem disitu..Trust me! 8- Siap! Mudah bukan? Tapi if korang tak ada berus,guna jari pon boleh..kite ade 10 jari..so choose lah which 1 jari korang nak guna..anggap jari tu macam berus..sebab macam kita sendiri pon lebih suka gunakan jari sebab akan tampak lebih osem.! Trust me!... Ok lah..ini sahaja tips kita nak share.nanti kita free kita share lagi yeah ladies!! Love u ! <3

Sunday, April 22, 2012

Makeup Dinner Untuk Kawan FB

Sabtu lepas aku ada makeup dinen rtok customer aku ni emrangkap rakan fb aku..huehue.... antek omei orang nye.. so tema malam tu merah hitam..tapi aku mekap biru,hitam,putih dengan ade unsur-unsur glitter... nak tengok?
ini before dan after.. beza bukan..cantek orangnye,pastu
ini warna eyeshadOw yang aku perkenankan kat mata dia... T_T
ok inilah antaranye...maaf aku tak suke menaip panjang-panjang macam tin kosong huahahuahu ( puyus kau bunga..) so kepada yang nak merasa penangan jari ku yang mulus lagi kudus bolehlah emel teros ke lbungaquerida@yahoo.com

Saturday, April 14, 2012

Saturday, April 7, 2012

Empat jenis tutorial HIJAB by LBQ




Hey hey kali ni kita nak tunjuk empat jenis tutorial shawl.. Yeah.. empat !! empat hokay i tell youuuuuu... ^__^

p/s: GOOD LUCK!

Friday, April 6, 2012

MEKAP DINNER TOK MEREKA

Coki-coki sedang berasmara dalam mulot aku tatkala ini..aku menyedutnya dengan benuh beraksi...huahua...ayat! puih!>..whatevooorr...ok..kali ni aku nk share pasal ritu aku ade mekap tok dinner..6 orang aku mekap...1 lawan 6...amacam...mau x tebongkang aku...-..-' tapi best binti syiok lah sebab diorang ni kepala pon gila-gila..happening derr...aku pon tumpang sengih malu-malu ...hasihh coki-coki ni makin enak pulak dimakan dengan pelestiknya..back to story ini adalah anatra sample-sample gambarnya..maaf kamera kurang jelas..orang susah...huahuahua...puih!











so inilah hasilnya... ingin rase air tangan ku?? emel kan kat kite terus di lbungaquerida@yahoo.com :)

terima kaseh membaca ^_^