Sesungguhnya aku ni tersangatlah jarang update blog sebab? tahlah sebab apa. mungkin keadaan
tak mengizinkan. tapi walau camne pon aku tetap nak update jugak walau berbulu jugaklah nak update!
seperti yang dijanjikan aku dan ibu akan turun ke Langkawi untuk hari bahagia gadis yang dah digelar
Puan sekarang iaitu Puan Yuyu atau blogger kupukupukecik. jadi aku ditugaskan untuk merias wajahnya
untuk hari nikah dan sanding di hari bahagianya.
rasa macam tak percaya lagi dan macam mimpi si J.Lo celop ni dah kawen -.-'. sebab rasa macam belom
je.. mmm.. tapi walau camne pon aku nak ucapkan
"Selamat melangkah jenjang baru dalam kehidupan kalian. Cinta kalian sudah mengantarkan kalian berdua ke jenjang pernikahan. Jagalah pernikahan kalian dengan baik, semoga kalian mampu untuk memelihara cinta kasih kalian sampai kematian memisahkan kalian "
tq kepada pengantin dan fadhila yang sudi bagitau pasal rumah homestay kalau tak aku pon tak tau nak duduk cerok mana memandangkan di musim cuti sekolah ni hotel-hotel price melambung-lambung kahame kahame. jadi aku dengan ibu aku pon duduklah 1 rumah homestay ramei-ramei 7 orang.
hari pertama aku tak boleh tidor sebab spesis aku ni tak akan tidor 1 hari dekat tempat baru sebab tak biasa! even kampung nenek atok atau rumah sedara aku pon aku memang camni. tak tau napa. dah tebiat kot.
masuk hari kedua esok nya dan seterusnya baru boleh tidor dengan tenang. indahnya dunia ~
sampai je masanya tok mekap si nikah makcik ni ( pengantin pompuan ), wajiblah dimulakan dengan bismillah kan. :D aku nak cantek kan kawan aku ni secantik-cantiknya. makeup takmo tebal-tebal. just light- light. jadi aku pon buatlah seperti yang dipinta sebab aku tau dah makcik ni memang tak suka tebal-tebal.
ok gambar dekat atas ni makeup untuk NIKAH
nikah buat dekat masjid yang berdekatan. alhamdulillah dengan sekali lafaz je sah menjadi suami
isteri yang sah . acecehhhhhhh yammmakkkk ammaciiiiii ...
ni pula makeup untuk SANDING
kali ni makeup pon banyak guna warna unsur-unsur tanah. light-light tapi lawa.. so aku pon cubalah
buat mana yang aku mampu dan terdaya . tapi syukur lah makcik ni suka. risau jugak tak suka -.-'
memang aku lari laju-laju kat dapor nanti kalau dia tak suka T__T
lepas tu kami pon snaplah ramei-ramei dengan kawan-kawan yang turut hadir jugak tau dekat kenduri
makcik ni. ada ida mansor, iena mansor, iqa , fatin suhana, fadhila, nyuun, adek fatin suhana,nisha,
aku , ibu aku ( nak jugek inteprem dalam ini entry ) dan ramailah yang datang aceli.
dan aku jugak rasa happy sangat sebab kat sana aku tak buang masa aku..dah alang-alang datang
Langkawi tak sahlah kalau tak merendek satu Langkawi an an. syukur ada kawan aku ni si Nisha
sudi kasi kereta sewa dekat aku. dahlah besau, selesa, bestlah..kereta baru katakan. terima kasih Nisha.
inilah kereta sewa aku
best dok Langkawi ni sebab orang kat sini bawak kereta besau-besau. sebab harga kereta kat sini
murah-murah tau. jadi macam dah tak heranlah kau bawak kereta mahal pon sebab dah macam ala-ala
kereta biasa je tapi kalau bawak masuk key yel kompem " homaaiiii besaunya kereta. bapak kaya! ".
ini kali kedua aku datang Langkawi aceli. before ni dengan rombongan sekolah cik kiah ibu aku. so kali
ni kali kedua datang secara sendirian dengan ibu aku. no rombongan-rombongan bagai.
banyak jugaklah ceklat ceklat ( sebut ceklat dalam nada utara plz ) . tak sah lah kalau tak pergi pekan
Kuah cari kedai Haji Ismail. kedaaaaiiii pennnuuh dengan ceklat! beli banyak-banyak, bayo mahal-
mahal, bengak taik. -..-' .taik ceklat. damn -..-'
alang-alang tu bawaklah budak umah dengan aku si Fadhila dengan Iqa jalang-jalang Langkawi.
naik cable car. pastu jumpa kawan aku nama dia Amira. terima kasih Amira sebab tu tu tuuu yee
:D ahak. susah-susah je ;D macam memahami je T__T huaaaa...
aku tau...
tak yah puji :">
panas tak terkata cahaya matahari
aku dengan iqa
panas giler kot!!
kitorang dahlah puteri lilin!
aku time ni dekat dataran helang
time ni nak balik Key Yel naik feri dah aceli
bajet obersea walhal..
iqa pose ala-ala model tak berbayor
aku dengan nisha
aku dengan dila
aku dengan dila
aku , ibu, iqa, dengan dila balik key yel satu bas. patutnya aku dengan ibu aku dah gerak kel yel
tau tapi disebabkan tiket feri yang tiba-tiba kata pergi kuala perlis jam 11.15 pagi walhal bas aku
dah gerak ke key yel jam 12 tengah hari habis lambat! yelah dah lah naik feri 1 jam.. feri pulak buat
gedik dah tau gerak jam 11.15am geraklah ikot masa dengan tepat ni tak. dok menggedik lagi cangak
sampai jam 11.40am.. damn! -..-' . sampai kuala perlis jam 12.40. memang bas balik key yel dah blahlah
kan time ni. abeh kene beli tiket bas lain. -..-' bazir duet je aku beli tiket pergi balik siap-siap.
kau bayangkan kami tolak dari kuala perlis jam 1.30 petang nak sampai key yel tu punyalah berjanggut!
jam 12 lebih malam nak sampai jam 1 pagi baru sampai umah! -..-' jem tak hengat malam tu apatah
demam tiba-tiba jem kan. banyak giloss kereta. aku piker mesti orang pergi kenduri kawen ni. giler
jem tahap lembu teberak! bas pon terkentut-terkentut je tekan minyak. -..-' . dari perak sampai rawang
sampai sg buloh jem kahame kahame. damn. -..-' . seb bek dila sudi tumpangkan aku dengan ibu aku
naik kereta dengan dia balik umah sebab LRT time ni dah kompem-komepm tutop kan. kau nak
tido celah mana? celah ketiak bangla yang ada kat pudu tu? pelishhhh~ T__T tak kose hakak
last ucapan. selamat pengantin baru kepada pasangan semoga berbahagia till jannah. kau yuyu sopan-
sopan tau dengan suami. ehem ehem... :"> .. ikat suami biarlah dari perotnya. bukan ikat dekat tali perot.
kepada kawan-kawan yang satu rumah atau tak satu rumah ada rezeki kita jumpa lagi yeah ;D
pasni turn sapalah yang kawen kan... ??
amboi bunga mai langkawi nohh.nanti saya kawen mai kulim pulak.dekat lagi dari langkawi..hihi..
ReplyDeleteskali imbas muka yuyu bila dah mekap mcm artis ayu raudah plak..lawa
ReplyDeleteSeronoklah ibu awak..kemain dia call aunty macam nak pi kenduri di Langkawi.
ReplyDeleteApa pun untuk kakak aunty ucap tahniah dah jadi milik orang.
Seriously nak juga dimake up kan..
ReplyDeletecomel la sluar.. beli ktne ek? :)
ReplyDelete