emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

Monday, May 14, 2012

Makeup untuk photoshoot AURORA

Bangun pagi jam 7 am membuatkan aku berasa berat sekali nak bangun pagi...T__T mata berat giler bebeh nak celik tapi apakan daya, ada makeup time tu.Aku gagahkan jugak badan ni bangun..yelah nak cari seseuap anak tekak kenalah berkorban meh..Aku pun siap-siap bagai dengan sepantas seayu yang boleh tahap maksima.

Zaharah owner AURORA dah call,sms aku tanya dekat mana.Aku yang dok derive ni kelam kelibut lah tekan pedal minyak dengan bernafsu.Belakang aku ada kereta polis.So, do i care? T__T...
Sekali kau haaaa,sesat padan muka aku.Still sesat walaupun ada peta buatan tangan kat sebelah aku.Sadis yang amay penduduk warganegara MALAYSIA buta tempat? Apa-apa jelah..macam biasa, setail aku kalau sesat , akan park mana-mana then tanyalah sapa-sapa makcik,pakcik,peah,sood bagai yang ada kat sekeliling.

"Assalammualaikum,tumpang tanya,saya nak pergi Desa Pandan,Saya sesat,sekarang saya ada dekat mana ye?" ..Nasib baiki makcik yang tengah dok bergosip kat dewan Taman Maluri tu sudi jawab soklan-soklan aku yang cepumas bagai uh...Tebantut makcik uh nak gosip ann..no no..gosip tak elok,membahayakan kesihatan tubuh badan hokeyy...

Hp aku pon "berbunyikkk,kami datangggg" ( wonderpet song ), panjang umur Zaharah call aku,aku time tu sambil dengar makcik tuh bagi direction sambel tu aku nak smsm Zaharah, nasib baik dia call,panjang umur.

Pastu aku pon follow dari belakang bila dia dah sampai....Sesi kenal antara satu sama lain pun bermula...macam biasa senyuman dilemparkan, salam dihulurkan....masok studio then bermulalah sesi metap-metap...yeayy~






ramai cakap macam marshanda bukan?? 


dia ni cantek depan-depan tau macam lisa surihani i tell u!!






dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar , happening giler...walaupun aku banyak senyap..dan bukan banyak cakap kan... ;p tapi so far semua ok...next time ada lagi...insyallah..

P/S : MAKEUP DIATAS SEMUANYA HASIL TANGAN DARI AKU..STILL BELAJAR ABOUT MAKEUP 

Saturday, May 12, 2012

TUTORIAL HIJAB TWIST BY BUNGA (WWW.ZAHARAH.COM)

Assalammaulaikum..Bangun pagi jam 8.00am.. sangat asyik...niat dihatinak bangun lewat tapi apakandaya....diri aku jenis yang berkerja 1 mingu.. direct! Tak pleah ,sempena mencari sesuap anak tekak yang manja ni kan.. ok foine.Kumpol duit untuk masa depan ,anak cucu,cicit ,cicak segala kannnn!! Kali ni aku nak share kat ampa-ampa semua tutorial hijab untuk yang kalai ke dua..2nd time lah orang kokdiang baqq hangg...cewah ....So macam biasa, tengok, dan selamat mencuba.! ^__^






Wednesday, May 9, 2012

Tips dari kurus ke sedap sedap badan atau sesedap menu

Panjang yang aaaaaaaaaammmaaattt tajuk aku kan...Tapi,yang pasti yang si kurus nak tau apa tips nya bukan? So jom kita usha tanpa buang masa :

Bagaimana nak naikkan berat badan 1kg seminggu??


Mohd. Sufian Kesepian (bukan nama sebenar) adalah seorang yang kurus. Walaupun sudah hampir 5 tahun meninggalkan alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, beliau masih bertubuh kurus. Rakan-rakan seperjuangannya yang lain ketika di sekolah sudah lama memboroi dan menternak sel-sel lemak di sekeliling perut. Tapi Mohd. Sufian Kesepian masih begitu. Dia saling tak tumpah seperti rupanya ketika berumur 15 tahun, berlengan kecil, bertubuh keding; yang beza cuma wajahnya yang sudah berjanggut dan berambut panjang. Mohd. Sufian Kesepian menjadi rungsing dan resah, kerana imej maskulinnya kini diambang bahaya, umpama telur di hujung tanduk.
Pada suatu hari, datanglah seorang rakannya yang bernama Susu Sejat (bukan nama sebenar) kepadanya lalu memberikan suatu tips emas, “Wahai Mohd. Sufian Kesepian, kamu ikutlah 5 prinsip ini, nescaya kamu tidak akan kesepian kurus lagi selepas ini ”
1 – Minum 1L Susu Lembu Segar (Fresh milk) setiap hari, kerana manusia yang kecil itu (bayi la) juga membesar dengan meminum susu. Pecahkan ia kepada 4 hidangan, 250ml setiap hidangan, satu ketika sebelah pagi, satu ketika tengahari (lepas makan), satu ketika petang, dan satu lagi sebelum tidur.
Sekotak besar susu Dutch Lady Fresh Milk ini adalah bersamaan dengan 1L. Minumlah satu kotak besar susu ini sehari.
2 – Makan 3 genggam kacang campuran (gajus/macadamia/kacang tanah/almond) setiap hari, satu di sebelah pagi, satu di sebelah petang, dan satu lagi di sebelah malam.
3 – Bersenamlah kamu seperti Iron Man. Lakukan senaman yang melibatkan dumbell/pemberat, melibatkan bahagian dada, lengan, perut, peha, dan keting, atau sekurang-kurangnya lakukan “push up“, “pull up“, “sit up“, “lunges” atau “squat“. Senaman yang melibatkan kekuatan ni penting agar otot-otot kamu sentiasa mendapat signal bekerja untuk beban, sekaligus menggalakkan pertumbuhan otot. Kamu tidak mahu kalori yang terlebih tu hanya ‘tersadai’ di perut dan punggung kamu bukan?

4 – Buat seperti biasa, maksudnya kamu masih makan dan minum (dari pagi sampai malam) dengan cara dan kuantiti yang sama seperti hari-hari sebelumnya. Contohnya, jika kamu makan nasi 2 kali sehari, maka ketika mengamalkan 5 prinsip ini, pun harus makan dengan cara yang sama. Jangan tiba-tiba kamu skip satu meal pula. Ingat, makan makanan yang lain seperti biasa!
5 – Rehat, rehat, dan rehat. Rehat kena cukup, maka tidurlah kamu seperti seorang bayi, sekurang-kurangnya 8 jam sehari, secara berterusan (bukan tidur 2 jam, lepas tu terjaga, kemudian tidur balik).

Nota Kaki: Dengan mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya telah mengambil kira-kira 1180kcal lebih daripada apa yang kamu selalu makan (kalori surplus 1180kcal sehari). Sepatutnya, kamu akan mengalami pertambahan berat badan sebanyak 1kg seminggu. Ingatlah, sesudah kamu mencapai berat badan impian kamu, kamu boleh berhenti daripada mengamalkan 5 perkara ini. Amalkanlah, wahai sahabatku yang “skinny”..

Tips ini didapati dari SUSU SEJAT..tq FOR INFO..

So,apalagi jom kita yang kurus-kurus selim melim ni ayuh amalkannnya! mahukan seperti ini?? 


KATAKAN TIDAK!!

mahukan seperti ini?? 



YE!! SAYA MAHUKANNYA!!!!



so apa lagi? ayuh kita! ^__^ 
p/s : nanti kalau jadi, cer citer cer citer kat kita tau! :'D

Saturday, May 5, 2012

TUTORIAL HIJAB BY BUNGA ( WWW.ZAHARAH.COM )

Assalammualaikum.Syukur diberi peluang untuk turut serta bekerjasama denga zaharah.com dimana butik ni ad jual shawl-shawl yang sangat cantik.So di samping itu kita diberi peluang oleh zaharah.com untuk buat tutorial hijab... So kita akan updated video tau! Jangan lupa tengok tau! heheh.. dan kat bawah ni adalah video pertama..So selamat menonton ^__^' GOOD LUCK!