emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

Wednesday, May 9, 2012

Tips dari kurus ke sedap sedap badan atau sesedap menu

Panjang yang aaaaaaaaaammmaaattt tajuk aku kan...Tapi,yang pasti yang si kurus nak tau apa tips nya bukan? So jom kita usha tanpa buang masa :

Bagaimana nak naikkan berat badan 1kg seminggu??


Mohd. Sufian Kesepian (bukan nama sebenar) adalah seorang yang kurus. Walaupun sudah hampir 5 tahun meninggalkan alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, beliau masih bertubuh kurus. Rakan-rakan seperjuangannya yang lain ketika di sekolah sudah lama memboroi dan menternak sel-sel lemak di sekeliling perut. Tapi Mohd. Sufian Kesepian masih begitu. Dia saling tak tumpah seperti rupanya ketika berumur 15 tahun, berlengan kecil, bertubuh keding; yang beza cuma wajahnya yang sudah berjanggut dan berambut panjang. Mohd. Sufian Kesepian menjadi rungsing dan resah, kerana imej maskulinnya kini diambang bahaya, umpama telur di hujung tanduk.
Pada suatu hari, datanglah seorang rakannya yang bernama Susu Sejat (bukan nama sebenar) kepadanya lalu memberikan suatu tips emas, “Wahai Mohd. Sufian Kesepian, kamu ikutlah 5 prinsip ini, nescaya kamu tidak akan kesepian kurus lagi selepas ini ”
1 – Minum 1L Susu Lembu Segar (Fresh milk) setiap hari, kerana manusia yang kecil itu (bayi la) juga membesar dengan meminum susu. Pecahkan ia kepada 4 hidangan, 250ml setiap hidangan, satu ketika sebelah pagi, satu ketika tengahari (lepas makan), satu ketika petang, dan satu lagi sebelum tidur.
Sekotak besar susu Dutch Lady Fresh Milk ini adalah bersamaan dengan 1L. Minumlah satu kotak besar susu ini sehari.
2 – Makan 3 genggam kacang campuran (gajus/macadamia/kacang tanah/almond) setiap hari, satu di sebelah pagi, satu di sebelah petang, dan satu lagi di sebelah malam.
3 – Bersenamlah kamu seperti Iron Man. Lakukan senaman yang melibatkan dumbell/pemberat, melibatkan bahagian dada, lengan, perut, peha, dan keting, atau sekurang-kurangnya lakukan “push up“, “pull up“, “sit up“, “lunges” atau “squat“. Senaman yang melibatkan kekuatan ni penting agar otot-otot kamu sentiasa mendapat signal bekerja untuk beban, sekaligus menggalakkan pertumbuhan otot. Kamu tidak mahu kalori yang terlebih tu hanya ‘tersadai’ di perut dan punggung kamu bukan?

4 – Buat seperti biasa, maksudnya kamu masih makan dan minum (dari pagi sampai malam) dengan cara dan kuantiti yang sama seperti hari-hari sebelumnya. Contohnya, jika kamu makan nasi 2 kali sehari, maka ketika mengamalkan 5 prinsip ini, pun harus makan dengan cara yang sama. Jangan tiba-tiba kamu skip satu meal pula. Ingat, makan makanan yang lain seperti biasa!
5 – Rehat, rehat, dan rehat. Rehat kena cukup, maka tidurlah kamu seperti seorang bayi, sekurang-kurangnya 8 jam sehari, secara berterusan (bukan tidur 2 jam, lepas tu terjaga, kemudian tidur balik).

Nota Kaki: Dengan mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya telah mengambil kira-kira 1180kcal lebih daripada apa yang kamu selalu makan (kalori surplus 1180kcal sehari). Sepatutnya, kamu akan mengalami pertambahan berat badan sebanyak 1kg seminggu. Ingatlah, sesudah kamu mencapai berat badan impian kamu, kamu boleh berhenti daripada mengamalkan 5 perkara ini. Amalkanlah, wahai sahabatku yang “skinny”..

Tips ini didapati dari SUSU SEJAT..tq FOR INFO..

So,apalagi jom kita yang kurus-kurus selim melim ni ayuh amalkannnya! mahukan seperti ini?? 


KATAKAN TIDAK!!

mahukan seperti ini?? 



YE!! SAYA MAHUKANNYA!!!!



so apa lagi? ayuh kita! ^__^ 
p/s : nanti kalau jadi, cer citer cer citer kat kita tau! :'D

8 20000 orang nak tau RAHSIA bunga!:

  1. ; berkesan ke neh? eksaited pulakkk ^^v

    ReplyDelete
  2. yup....stress sgt bila kawan2 dok kutuk kata kita kurus... ada yg kata mcm sup tulang tau x... tp xpenah pulak nk kutuk kata diorg tu gemok2... dunia dah terbalik. yg gemuk ok jer... mantap n sedap katanya... yg kurus pulak kna caci merci kata tulang je... peluk pun xsedap, pggung xde susah nk beranak, n byk lagi la... sampaikan g amik ubat cacing... hahahaha... anyways, thanks for these tips! ada org kata muka kita sama.... peace!

    ReplyDelete
  3. sis . . lulu da cuba :'(
    bertahun-2 da makan weight gain . . appeton
    result dia yilexx . . nothing happen
    lulu try gak makan tido makan tido . .ag buat ag cengkungg

    ReplyDelete
  4. pas kawen confirm gemuk la..cer tgk lisa surihani..mase sebelum kawen kurus murus je..pas kawen chubby suda..
    takut t skang badan da sedap, pas kawen jadi terlebih gemuk..so ape kate enjoy je ngan kekurusan kite nih...kalo ade org kutuk, balas la balik.."JELES LA TUH..AKU KURUS, KO HADE??"

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.....so enjoy ngn kurus anda dizaman x kawen..kang dh beranak smua x de dh kurus2 =D nikmatinya

      Delete

100,000 PENGOMEN SETIA!!