emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

Wednesday, September 14, 2011

Membentuk kening mengikut bentuk wajah

Yeahh kali ni aku akan rajin kan diri bercerita tentang kecantikan,kesihatan dan seantero sebab baru sekarang hormon-hormon aku rajen menaip muncul memandangkan aku juga as make-up artis ( sile jangan muntah sebab anda jeles kan )...Baiklah kali ni kelas kita adelah tentang kening ye anak-anak.. jadi sile sediakan cermin besau gajah yang boleh zoom in out tu ye kemudian mari membace ini enrty.. :

1- BENTUK MUKA PETAK


alkisah : Bentukkan secara melengkung bagi menghilangkan pandangan pada rahang pipi anda, elakkan membetuk bulat atau bersegi-segi bagi melembutkan penampilan tulang rahang yang agak besar.

2- BENTUK MUKA BULAT


alkisah : Tajamkan sedikit bahagian puncak kening untuk membuat bentuk wajah menjadi sedikit bujur.

3- BENTUK MUKA HATI


alkisah : Pendek dan tebalkan kening bagi memberi ilusi pada dagu lebih pendek, elakkan terlalu panjang kerana dagu telah runcing dan akan nampak lebih tajam.

4- BENTUK MUKA PANJANG (LONG)


alkisah : Rata dan panjangkan pada ekor bagi impak keseimbangan pada bentuk wajah

5- BENTUK MUKA PERMATA (DIAMOND)


alkisah : Bagi Wajah berbentuk diamond, lebih sesuai melukis kan sedikit bersegi pada tengah kening untuk memberikan ilusi bahagiah tengah muka kelihatan lebih kecil.

6- BENTUK MUKA OVAL


alkisah :
Panjangkan sedikit ekor kening tetapi jangan terlalu bersegi, elakkan juga melukis kening terlalu tebal.



Jadi semua dah bace?? kening ade 6 jenis an an.. so pasni korang leh lah tatap kening maseng-maseng kat cermin ajaib korang tu yer... wahhhh canteklah kening kau pasni jahhh..kelas kau jahh..huhu dan dann if kamu tak nak mekap tapi nak look sweet orang katelah..so just kemaskan dan lukis kening soft-soft dah cukop ...tak yah mekap bagai dah if nak sesimple yang amat sangat lah.. at least teartur lah kening korang tu kalau tak beterabor dah macam dageng ayam besepai-sepai lak bentoknye.. so selamat mencuba!

1 20000 orang nak tau RAHSIA bunga!:

  1. eh, bentuk muke saye oval ke long?...kite mcm sme je..awk ape?..:p

    ReplyDelete

100,000 PENGOMEN SETIA!!