bunga nak share dengan korang antara mascara yang best dan best yang bunga suka. dan of koslah
produk dari MAYBELLINE. bunga dah pakai produk ni dari zaman sekolah lagi tau. dari foundation, bedak compaq dia, eyeliner dan semualah. sebab ? sebab osem beteh.
kali ni bunga nak share produk mascara dari MAYBELLINE. yang mana menjadi pilihan bunga. tapi
walaucamnepon bunga akan pilih satu sahaja antara yang best. banyak sangat yang best sampai jadi
rambang mata tau. antaranya yang ni
yang latest sekarang nilah
yang ni pon best tapi tahap best dari segi % , bunga bagi 60% lah. bukan tak lentik. lentik tu lentik.
tapi tak selentik yang kita nak. biasa je. plus bukan waterproof.. so macam ermm ok.. tapi oklah.
erm tahlah.
yang kedua pula jenis ni..and yeah this is my fav forever!!! taraaa..!!
may fav ti amor!!!
kenapa bunga kata ni best dan tahap fav? sebab dia senang nak apply plus pekat likat lagi waterproof!
lagi satu kalau nak pakai part bulu mata bawah tu kan.. lagi osem jadinya tau.. effect mata teramat osem!
hasil lentikan tu memang hebak lah kata. tak boleh nak diungkap.kira bolehlah ampai baju-baju sekali sebab terlampau lentik! lepastu kalau nak camtumkan dengan
bulu mata asli dan bulu mata pelesu pakai mascara ni sangat best... senang apply dan lekat! maybe
faktor jenis berus mascara kan.. tapi siyes sangat osem.dan benda ni sekarang dah macam limited pula
nak dapat. ritu bunga pergi watson semua bagai, ya amponnnn!! susah sangat nak dapat. berharap
pihak MAYBELLINE janganlah stop keluarkan mascara CAT EYES ni.. T__T kalau tak keluarkan ,
memang aku hentak-hentak kaki tahap kembeng makan coki-coki.
lepastu korang pernah tak pakai mascara yang color biru, coklat? haaa my fav lettew. bunga suka pakai
mascara warna coklat . dia buat effect nampak natural, ala-ala gadis egypt gitu.. kalau warna biru
ala-ala gadis seksi, suka bergaya vavavom! ahak!
ini pendapat akulah. maybe lain orang lain citarasa :) an an . so korang pakai mascara apa so far?
" saya suka mata saya.. macam cantek je..macam cantek je..macam comel je..macam comel je.. "
p/s: tabiat bunga bila dah pakai mascara, bunga akan tarik-tarik mascara kat mata tu dengan jari.. pastu pakai balik..pastu cabut balik..pastu pakai balik... tak tau apa motif -.- .. prffttt
Samaaa! Kita pun ada habit cabut cabut maskara yg dah apply kat bulu mataa. haha
ReplyDelete