Bulan ni aku agak stress. jadi kak limah pon ada. sebab banyak nak kena urus . lari sana sini bagai
uruskan borang nikah segala. aku agak penin bab saksi saksi segala ni . sampaikan aku telah
mencetuskan status berkenaan ni maka banyak orang bagi jawapan sekian sekian. muahahah
sampaikan aku tertarik pada satu insan ni mengatakan ( nampak sangat masa kursus aku tido kan )
" bunga call je jais, nanti mereka akan bagitahu sebab lain negeri lain cara "
maka aku pon buat keputusan ok aku call! arini date 3 april 2014 aku dah call jais. katanya
1- bawa saksi dan wali jumpa imam masjid kawasan rumah aku jangan lupa bawa
segala borang tau!
2- bawa borang tu bila dah selesai ke bandar baru bangi seksyen 16 area
kawasan kilang . yang ni tak perlu bawa saksi, datang sorang, minta wakil
hantar pon boleh. NO SAKSI PON TAK PE!
3- siap semua bawa borang tu ke JAWI di PUTRAJAYA. ni tak perlu saksi, wali bagai.
datang sorang je pon boleh. nasib baiklah JAWI ni tempat kerja aku. jalan kaki je..
sekentut je pon . tak dan kentot aihh.. -.-'
maka aku nanti kenalah uruskan semua ni sebab tunang aku punya borang dah siap segala dan pass
ke aku. ermmm banyak noooo proses nya. kadang aku piker lahaiii nak kawen pon susahhhh!!!
tapi aku teringat kata-kata ustaz masa kursus kawen. dia kata :
memang rumit tapi kena ingat ini untuk semakan. mana tau kot tiba-tiba anak awak terkawen dengan
adik beradik dia sendiri rupanya. macam-macam kes lah. so dengan ini, segala record kita ada so
boleh buat semakan kot apa-apa berlaku kan.
ermmm betul apa kata ustaz ( time ni aku tak tido dalam kelas see kekusyukan aku tahap mabeles )
takpelah aku harap semuanya akan selesai nanti dengan jayanya. korang doakan ye.
kepada yang nak kad kawen dari aku sila tinggal kan alamat di komen bawah ini ye heheh . in sya allah
aku pos :) jangan lupa kasi hadiah ye huahuahua. aku nak tong gas ada isi ok. gula garam, aji, ayam,
periuk nasi , kuali hahahah . sambil guna boleh ingat siapa yang hadiahkan .. nampak muka
tuan yang bagi hadiah dalam periuk nasi. lemak manis je nasi jadinya rasa kepci. naalaaa hahah
bunga bil majlis? same la kita . tgh kalu settle urusan borng2 ni.. hehehheh.. xper. susah2 cikt, utk majlis kit nanti :)
ReplyDelete