emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

Sunday, August 5, 2012

Perjalan ke PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDHAH



PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDHAH
RUMAH PENYAYANG RAUDHAH PONDOK PENYAYANG RAUDHAH TAMAN RAUDHAH


Semalam hari ahad
perjalanan kami ke gombak
ke rumah anak-anak yatim di Gombak
PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDHAH

Aku ingat kan kami-kami je...rupanya ramai!!
Punyalah ramai orang..jem!
Dan ini adalah kali pertama aku masuk rumah anak-anak yatim sepanjang hudup aku
Bila kaki aku melangkah masuk je pintu pagar rumah anak-anak yatim ni
hati aku jadi sayu je..
sebak pun ada
aku terdiam
aku tengok gelagat anak-anak berlari sana sini dengan kawan-kawan diorang
ada tu budak laki debab buli budak perempuan!
Sampai nangis perempuan tu
eee geram pulak tengok..halah! 2 laki buli 1 perempuan
kesian budak perempuan tu...muka pun cebek je...
Aku senyum je tengok gelagat diorang
lepastu aku masuk dalam rumah diorang
ya Allah sebak hati
sayu nak nangis semua ada
aku tak tau kenapa
sebab time tu dekat kepala hotak aku piker
"ya Allah...kesiannya..kecil-kecil lagi tak ada ibu bapa...kita yang ada ni..? Bersyukurlah :"( "
Masih kecil..
kurang kasih sayang
ya ALLAH...
sebak!!


inilah keadaan dekat PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDHAH Bt.11 Gombak



time ni ramai orang tengah bawak masuk barang-barang 


semua barang-barang letak dekat sini


time ni focus aku diorang tengah gantung banner


gelagat kanak-kanak tengah main
aku tak tau apa yang diorang korek kat lubang situ 
tapi aku suke moment ni


pertama kali aku nampak budak ni hati aku jadi
sayu
sebak
sedih
dan jujur aku katakan kalau boleh aku nak bawak dia balik rumah jadi adek aku!
aku dah sayang dia!!
:"(
aku tanya dia nama apa
"Puteri Kalshom Batrisyah"
Ya Allah sedapnya nama!!
sangat cantik orangnya 



ni LOVE yang aku buat untuk dia 
dia jerit happy!!
"yeayy!!! akak bunga buat LOVE untuk kakak!!..yeayyY!!yeayyY!!
aku senyum gembira sebab dia suka
aku ajar dia buat
dan aku cakap 
"kalau kakak rindu kak bunga..kakak pegang ni simpan baik-baik tau!"
die angguk gembira dan nak lagi
lepastu dari celah mana tah tiba-tiba kawan-kawan dia yang lain datang kat aku nak LOVE juga
aku pun buat untuk semua 
tenang hati bila layan diorang


comel
cantik
manis
berseri

sesungguhnya aku rindu kan dia & mereka-mereka
entah bila lagi dapat kesana lagi

Jika anda berniat untuk menjalankan amalan bersedekah, 
Pondok Penyayang Raudhah merupakan salah satu tempat yang sesuai. 
Dihuni oleh 80 anak yatim dan 15 ibu tunggal, tempat ini memerlukan
 bantuan kewangan untuk pembinaan tempat tinggal baru yang lebih selesa.




Pondok Anak Yatim Raudhah memerlukan sumbangan untuk 
membaik pulih asrama dan surau. Kami juga menerima pakaian terpakai, 

kasut, pinggan mangkuk, sardin, beras, gula dan apa saja yang dirasakan sesuai.

Datanglah melawat Taman Raudhah.

UNTUK BANTUAN KEWANGAN BOLEH SALURKAN KE AKAUN MAYBANK : 564221610787
atau cek atas nama 'PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDHAH'
ALAMAT : PONDOK PENYAYANG RAUDHAH
BATU 11, GOMBAK, 53100 SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03 6185204



Alamat: Pondok Penyayang Raudah, Bt. 11, Gombak, 53100 Selangor Darul Ehsan
Tel. No.: +603-6185 2048

Untuk Sumbangan:
No. Acc. Maybank: 564 221 610 787
Kalu nak hulur cheque, sila tulis atas nama PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDAH

p/s : bersyukurlah kita yang masih ada ibu bapa & keluarga ...
 jangan sia-siakan mereka sementara mereka masih hidup




1 20000 orang nak tau RAHSIA bunga!:

  1. Latest info, kami berkunjung ke pondok penyayayang ini pada 7hb Mac 2015. Tiada lagi kelihatan anak2 yatim. Keadaan tempat nampak semakin daif dan terbiar. Tapi hairan mengapa Ustaz Mokhtar mendakwa bahawa beliau masih memerlukan sumbangan sedangkan tiada lagi anak2 yatim & anak2 asnaf. Harap pihak berkuasa menyisat semula kewujudan pertubuhan ini

    ReplyDelete

100,000 PENGOMEN SETIA!!