emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

Thursday, April 26, 2012

Petua menjaga rambut

Assalammualaikum.Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita.Even yang bertudung pun, rambut still juga dijaga dengan rapi.Right?Ramai orang mengalami masalah rambut macam rambut gugu,mudah kusut masai..( eh eh ) , rambut nipis atau jarang-jarang gitu, kelimumur dan macam-macamlah.Dan bila ini berlaku ia akan memberi effect kepada diri kita bila nak berdepan dengan orang ramai an an an...So kali ini kita nak share lah dengan korang tips jaga rambut tapi dengan tradisional.Macamana?Mudah sahaja.


Petua tradisional sebenarnya lebih asli dan tiada kesan sampingan sebenarnya. Namun masalah yang sering di hadapi dalam mengamalkan petua menjaga rambut tradisional ini adalah cara untuk mendapatkan bahan-bahan mentahnya lah.. Oleh itu ramai daripada kita mengambil langkah mudah dengan membuat treatment secara moden sahaja senang.. beli aja di watson n guardian..




Petua Mengelakkan Rambut Gugur





Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya, ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih. Ulangi dalam beberapa kali dalam seminggu dan pasti membuahkan hasil yang memuaskan.
Daun bunga raya jugabertindak melembutkan rambut dan lidah buaya boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut.
Santan juga adalah bahan yang di gunakan untuk melebatkan rambut. Pati santin di lumurkanpada kepala dan di biarkan setengah jam sebelum di cuci.


Masalah Rambut Kering

Rawatan minyak panastentu saja untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak syuran) kemudian lumurkan padan rambut menggunakan jari. Kemuadian pekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. ala-ala stim lah ni. Biarkan dalam20 minit dan bersihkan.



Menghitamkan Rambut

Bakar isi kelapa tua kemudian di parutdan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkanya.






Masalah Rambut Berminyak

Campurkan Syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah sepertibiasa.





1 20000 orang nak tau RAHSIA bunga!:

100,000 PENGOMEN SETIA!!