✿ Assalammualaikum ✿
ada orang tanya aku "bunga, camne nak buat nasi lemak eh?" aku pon erk? nasi lemak?? ayoyo.. aku pon
tak adalah tau sangat tapi taulah juga masak dari tak tau muahahahah ayat cam ^&*^$!. ok memandangkan
aku dah terlewat nak updte blog pasal nasi lemak sebab aritu continue sebab nak ke jamban. maaf sangat
atas-atas sebab tertentu yang tak dapat dielakkan.
ok style aku masak nasi lemak ni adalah dari ajaran ibu aku sendiri. dan ibu aku adalah orang negero Melaka
jadi tersangatlah pokat!,lokat,melokek! lauk pauknya yang bisa membuatkan sesiapa sahaja yang memakannya
terasa macam diawang-awangan. ok aku pon malas nak taip banyak-banyak sebab orang nak tau cara-caranya
bukan nak baca bebelan aku yang percuma tanpa berbayar ni. ok cara-caranya.. resipi rahsia nenek turun
temurun bermula :
Al-kisah : Bahan-bahan :
sila blend cili kering dan bawang besar.
letak dalam bekas yang berasingan
dan pastikan cili kering tu biji dia hancur tau! kalau tak nanti kena Apendix -..-'
santan penting dan wajib!
kalau boleh letak 2 kotak! lagi banyak lagi bagus.
baru rasa santan dokek nasi tu!
nak sehat..ermmm letak jelah sekemut-kemut yang boleh -..-'
telor. ikotlah berapa biji korang nak sebab nak buat telor mata kobouuuu!! muuuuu~
bunga lawang ni nak kasi nasi lemak kita tu anginyeeeeeeeee
air asam jawa ni nak masuk dalam sambal time masak nanti
kayu manis ni nak campak dalam periuk nasi time nak masak nasi lemak
kasi anginyeeeeeeeeee
ikan bilis diperlukan untuk buat goreng atau buat sambal ikan bilis
ikot lidah koranglah
garam ni nak letak dalam sambal dan nasi lemak sedikit
serai ni kita letak dalam nasi lemak juga sebab nak kasi anginyeeeeeeee
daun pandan kita masuk sekali dalam periuk nasi.
sesungguhnya nak kasi nasi lemak tu anginyeeeeeeeeeeeeeeeeee!!
sambal ikan bilis.
macam aku lebih prefer sambal ikan bilis dari ikan bilis goyengg mehh
dan tak lupa juga bawang merah kecil (hiris nipis-nipis), halia tau!!
cara-cara masak nasi lemak adalah :
- korang dah cuci bersih beras pastu masukkan santan ( ikotlah berapa kotak nak ) lepastu masukkan air untuk sukatan seperti biasa, lepastu masukkan daun pandan, kayu manis, bunga lawang, bawang merah kecil dihiris nipis-nipis, halia,daun serai (dah diketuk) , masukkan sikit je garam, bagi adalah rasa siket nasi tu. tak delah tawo habiaqqq je kan.
2. dah siap part nasi kita beralih ke sambal! haaaaaa style aku kalau masak sambal memei tak guna
gula! haaaa pantang keturunan aku masak sambal guna gula. no no no! kami just guna garam
sahaja. nak masak sambal senang je. mula-mula masukkan :
- bila minyak dah panas masukkan sambal yang dah di blend tadi
- dah masak siket sambal tu masukkan bawang blend banyak-banyak lagi bagus sebab dialah sambal kita tu rasa sedap tau!
- dah masak macam masak siket sambal tu, masukkan kunyit. kunyit ni bagus sebab dia baiki benda alah dalam perot kita. yelah kan makan sambal ..huuuu
- lepastu masukkan air asam jawa. ikot koranglah banyak mana.
- lepastu masukkan air sedikit bagi macam kuah banyak siket tapi jangan banyak sangat kang cayaq tak sedap baq hang. cam kuah dal pulek kang -..-'
- lepastu tunggu dia menggelegak, pekat, masukkan garam, aji siket.. pastu kacau-kacau kasi dia berasmara dana dalam kuali dengan penuh mesra
- lepastu masukkan ikan bilis kalau nak. masuk lah dalam sambal tu kacau-kacau dan tunggu jap
- lepastu dah macam pecah minyak siap! tutup api :)
- lepastu masaklah telor mata kobau macam biasa
haaaaa tu lah cara aku masak. style aku, banyakkan santan dan bawang besar dalam sambal :)
NO gula dalam sambal tau! nehi nehi!...
selamat mencuba kepada yang nak mencuba :)
Wahhh. Cantik. Pandai masak. Pandai mekap. Hihi... nice lahhh♥
ReplyDeleterasanye lebih baik letak gula drpd letak aji...
ReplyDeleteHi awak... Minta izin guna satu gambar dari entry ini untuk entry blog saya... and saya dah follow blog awak... jemput la follow saya juga...
ReplyDelete