emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

Friday, April 27, 2012

Petua suara sedap,merdu bak ....

"Satu persatu teman 
ada di sekelilingmu
satu persatulah jua
tinggalkan dirimu
cumalah aku sahaja......."

lagu by : Datok Siti Nurhaliza
tajuk : cer cari cer cari kat google..




Apabila kita mendenar penyanyi menyampaikan lagu,merduya...membuatkan kita "terlayan" dengan nyanyiannya.Apabila mendengar qatiah sedang mengalunkan bait-bait ayat..sungguh merdu bunyi nya membuatkan kita terdiam dan terpesona.Berasa cemburu dalam hati kerana mereka memiliki kelebihan itu tapi kita...?

Alah,jangan lah cemburu atau negatif je mikioooo...Kita ada tipsnya..dan alhamdulillah kita sendiri dah try buat dan mujarab..Dan disamping itu juga ianya baik untuk diri kita juga.Nak tahu apa dia? 




Air suam,Yep yep! Air suam tersangatlah osem dimana ia akan membuatkan suara kita menjadi merdu bak seludang ( eh eh ) Serius sangat mujarab! Trust me! Bukan nak kata apalah, sebab masa aku sekolah aku try minum air suam tanpa henti non stop.Tak sentuh langsung air sejuk.Sebab time itu aku dengar AWIE ROCK tu cakap nak suara sedap minum air suam je,Ziana Zain, Siti Nurhaliza pun kata macamtu.So aku pon apalagi torai dan hasilnya sangat osem dan nonggek-nnggek dibuatnya,huehuehue...Yang penting jangan sesekali minum air ais!! DILARANG SAMA SEKALI! Alah lagi pun air suam ni pun kan elok tok badan kita juga...tak gitu cik peah,kiah,senah,sood?


p/s : tapi kalau dah sedap semulajadi itu tak boleh kata apalah kan...syukur.. 

Tips yang lain pula adalah :

1. Banyak meminum air suam atau air mineral.
2. Boleh juga selalu memakan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan. Antaranya epal, tembikai dan seumpamanya.
3. Elakkan meminum minuman berais dan bergas.
4. Elakkan atau mengurangkan pengambilan minuman yang berkafien seperti kopi dan teh. Jika anda penggemar teh, boleh meminum teh pudina sebagai ganti. :)
5. Begitu juga dengan coklat. Kalau boleh kurangkan pengambilannya sama ada coklat untuk dimakan mahupun minuman yang mengandungi coklat.
6. Mengamalkan meminum madu asli setiap pagi.
7. Mengamalkan minum air asam jawa buatan sendiri.
8. Kurangkan memakan makanan bergoreng atau berminyak.
9. Tidak merokok. ( Katakan tidak pada MEROKOK! )

Dan satu lagi petua untuk dapatkan suara merdu dan sedap adalah jeng jeng jeng :

1. Anda sediakan dua biji limau nipis.
2. Kemudian belahkan kepada empat bahagian.
3. Perahkan limau nipis tersebut ke dalam cawan.
4. Seterusnya tambahkan sedikit kapur dan sedikit garam ke dalam cawan tadi.
5. Lepas itu, tambahkan pula satu sudu makan madu asli.
6. Kacau kesemua bahan tadi dan minumlah sampai habis.
Anda boleh mengamalkan meminum campuran bahan-bahan di atas seminggu sekali. Jika diizinkan-Nya, suara anda akan lebih sedap. Selain itu, petua di atas dapat menjaga, memelihara serta mengekalkan kemerduan suara anda.

Tapi kalau nak senang minum air suam je sudah cukup ^_^ huehue...Selamat mencuba! 
sambung nyanyi...

" Dia...
insan pertama yang ku cinta....
Dia.... "

3 20000 orang nak tau RAHSIA bunga!:

100,000 PENGOMEN SETIA!!