emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

Tuesday, January 8, 2013

Al-Kisah aku mekap untuk AJL 2013

  ✿  Assalammualaikum. 


     sangat sangat dan tersangatlah teruja bila diberi peluang untuk turut sama untuk Anugerah Juara Lagu 2013!!!
     arghhhhhhhhhhh!!!!! hahahaha over u alls... tak kose hakak.. tapi sejujurnya hakak memei teruja dan tegedik
     -gediklah kan bila dapat tau yang hakak ni dapat join! tq to kak kak liha yang sangat manis orangnya lembut je
     terima kasih jemput saya ye.. ;'D


     seperti yang sedia maklum yang AJL tu start hari ahad 6 Jan 2013 rupanya! dan sejujurnya hakak tak tau "eh eh
     AJL hari ahad meh? ".. nampak sangat hakak jarang tengok tv kan... -..-' . dan bila diberitahu oleh hakak liha
     itu ini apa yang perlu dibuat, barang perlu dibawa, hakak apa lagi... ya allah!!! excited kemain!!! tido tak 
     lena, mandi tak keluar air, makan asik lapar je.. miahahah. sebab kalau boleh nak cepatlah siket AJL tu!!
     yelah inilah kali pertama selama hakak hidup dekat bumi yang fana ni hakak pergi AJL LIVE pulek tu!!. selalu
     hakak tengok kat tv je an... sambil kaki silang atas, kunyah cikedis..


     bila masanya tiba hape lagi bertambah excited limpa hakak ni tau tak. pagi tu hakak ada mekap pengantin
     di sentul. habis je mekap, hakak hantar ibu hakak balik rumah sebab actually ibu hakak ikot sekali pergi
     mekap pengantin dekat sentul tu. dah hantar, hakak pecut ke stadium bukit jalil walau lambat 15 minit kot.
     ampun ye kak liha. heheh tapi ok lah sebab ade lagi yang tak sampai lagi time tuh. so hakak pon snap-snap
     lah suasana sesampai hakak kat sana.




bangga siot miahahah kesah plak haku -..-'


keadaan di stadium bukit jalil


bajet -..-' kesah plak ..



     lepastu dah sampai timenya, hakak and the geng yang dah sampai kesemuanya pon masuk ke dalam stadium.
     dengan adanya pass mulalah muka keberlagakkan hakak berlaku. miahahah yelah ALL ACCESS.. kerlas tak
     kerlas kan.. kau hado?? miahahha. masuk-masuk je mak aih, bilik retis dan bilik retis pertama hakak jumpa
     bilik ziana zain. haaaa kerlas, lepastu sheila amzah, dan penyanyi-penyanyi lain. kitorang nak cari bilik azlan 
     & the typewritter sebab kami,our team is kak liha,aku sendiri,kak ienda,kak ina,kak stacy (stacy sgt), dan shine,
     kami as 1 team akan mekap untuk budak-budak azlan & the typewritter. so sila buat pembetulan ye yang aku
     bukanlah mekap azlan tapi mekap budak-budak vokal koir azlan & the writter. :) harap maklum. azlan tu 
     dah ada mekap dia sendiri. ;'D 




sedang dimekap


zombie terlepas beratur nak beli kupok lekor


proses pengeluaran roh bermula.. miahahah... 
aku suka pic ni seni :D




K.A.M.I 


aku dan shine dan azlan :)
aku dah macam pertubuhan wanita-wanita sedunia pulak pose nya tuh! miahahah -..-'


again :) sila menjeling ~___~


kenangan 


azlan dengan bibir kuning


again!!



lalalala... again ..saja nak kasi jolos kann :))


dah macam hantu sopak dah maseng-maseng. miahahah
ni aku yang mekap :)



ni masa persediaan. 
sediakan barang-barang yang perlu
*gambar tak susun


ni aku yang mekap
dah macam zomba dah hakak nengoknya



zomba a.k.a hello kitty si riben
aku yang mekap ( yang baju putih )



     sedang-sedang mekap.. tiba-tiba aizat datang!! bapak r!! dalam tv lain,majalah lain. sejujurnya dia diluar
     secara face to face sangat hensem dan kacak dan tinggi! series!. kebetulan bilik mekap kitorang dekat belakang
     so berpeluanglah tengok retis-retis secara dekat lalu dekat bilik kami. antaranya aaron aziz! kerlasss sampaikan
     aku yang tengah mekap ni jadi terdiam mak aih aaron aziz depan mata, selalu tengok dalam tv sangat kacak! dan
     isterinya sangat cantek! lepastu sambung balek mekap. miahahh ;p




aku dah macam DORA dah -..-' nengoknya
"mana dia??? mana?? mana??" dialog DORA



     setelah berhempas pulas menconteng muka mereka-mereka ni, tibalah masa untuk merehatkan diri. aku dah 
     mula pening dah maybe sebab tak makan. *walhal dah makan nasi sepinggan. so manja.. ewww miahah.
     lepastu P.A azlan sangat baik sempat siapakan makanan untuk kami. susah-susah aja... :') sangat sopan! :")
     lepastu dah siap semua kemaslah barang dan tiba-tiba si azlan buat warm up lah orang kata kununnya.
     perghh suara dia ni aku dengar tak guna mic hokeh sangat terbaik! lepastu warm up sekejap dengan budak-
     budak vokal koir untuk kali terakhir sebelum beraksi di atas pentas.




time ni tengah warm up gituh..


prektis sebaik-baiknya


prektis prektis



     dan aku sangatlah suka! yelah suka sebab bolehlah tengok sekejap AJL LIVE kan.. aku tengok dengan kawan-
     kawan mekap aku our team tu, tengok sampai persembahan stacy. pergh memei terbaik bila tengok LIVE. 
     lepastu balik sebab tak larat. lagi satu takut jem bila nak keluar so better keluar awal. *tak heran pon sebab
     dah jumpa dekat-ekat before buat persembehan. miahah so berlagak kau jah! lepastu sempatlah kami snap
     menapkan diri dengan beberapa artis yang ada dekat belakang sebagai penutup. acewah..





aku pun retis tapi kenapa tak de orang nak snap dengan haku? -..-'
*persoalan yang menggelikan limpa !!





aaron aziz , hafiz, adira


hafiz dan adira


lamabakan manusia-manusia di stadium


adira yang putih susu gebus mulus kudus


me dalam kegirangan di ajl ;p


sheila amzah


kak stacy kita miahahah stacy sangat ;p


sheila amzah 


faizal dan cherryl


hazama


koir azlan & the typewritter


amy search duet hazama
tekejut aku part bunga api meletup masa mula-mula uh -..-'



ni stacy



stacy 


koir for azlan & the type writter



     dan syukur bila azlan & the typewritter menang no 2.. dan dia pon suka dengan hasil kerja kami. ko hengat
     senang ke nak mekap ramai-ramai seramai 18 orang? kau mampu? tak gigil lutut ko! tekentut kentut maq tau! ;p miahahah. tapi itulah satu 
     pengalaman yang best dan asik yang aku dapat :") 







sheila amzah pakai kasut tinggi 10 inci boleh r tinggi -..-'
aku ni pakai seliper je pon -..-'
yang penting aku paling cute comel miahahah kesah plak ;p


stacy yang comel bila dah semakin bambam


faizal tahir senyum girang umpama iklan gigi colgate
aku dah macam orang baru balik dari bendang -..-'




     terima kasih kepada kak liha kerana sudi invite saya join AJL..dan kepada hakak-hakak yang lain tq sebab
     sangat best dan peramah even first time kami berjumpa dan berkenalan :')


     harap kak liha tak serik ye invite kami semua lagi miahahah ;p tak kose maq

19 20000 orang nak tau RAHSIA bunga!:

  1. wow! that is one great achievement that you should not shy to proud of!
    go girl! <3 awesome work! mmg terbaik!

    ReplyDelete
  2. Tahniah Bunga ! You're step forward now !

    ReplyDelete
  3. amboi semakin cemerlang, geilang, terbilang dik non bunga ni.. Suka akak tengok. Tahniah ye..

    ReplyDelete
  4. woww tahniah bunga ! perhargaan besar untuk bunga. keep it up ! :)

    ReplyDelete
  5. munge !tahniah ! i slalu tengok perkembangan u dari sampai sekrang. selamat maju jaya k :)

    ReplyDelete
  6. Bestnyer dapat jumpa artis2 semua
    Mekap awak pun cantik
    Nanti kalau saya nak buat photoshoot boleh lah minta bantuan kan
    Jangan lupa singgah membaca di sini ye. TQ

    ReplyDelete
  7. Nape tak snap pictures with Aaron? *jerit dalam hati*
    Bestnyaaaa dapat jumpa semua artis secara live, lucky you :)

    ReplyDelete
  8. saya pon suka makeup special effects nie..jempulah ke blog saya http://murniasyikin.blogspot.com/2013/01/special-effect-makeup-by-eykin-murnie.html

    ReplyDelete

100,000 PENGOMEN SETIA!!