emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

emel saya di ezzreenn@yahoo.com untuk tempahan makeup

Monday, May 9, 2011

10 tips bertengkar

tak de sape yang suke bertengkar an?? aku pon x suke...tapi nak x nak situasi bi memang sukar dielakkan..so bila dah jadi camni apa yang korang akan buat?? sepak kah? tendang kah?? belai kah?? menari cangkong kah?? so untuk mengelakkan ianya jadi lebih tegang, moh kite usha 10 tops kat bawah ni..cer nengok cer nengok :

1- anda orang dewasa yang sebenar. ketika bertengkar, cuba bertenang dan jangan menjerit seperti kanak-kanak atau bersifat degil ( ermm aku rase aku ade terjerit...test vokal...hukhuk.. setan dah kawal aku..x leh wat apa.. astafirullah bunga!!! )

2- anda dengar terlebih dahulu apa yang hendak dikatakannya. sekiranya ada orang lain di situ menjelaskan keadaan, sila dengar dan fahaminya. jangan melawan cakap orang tersebut, nanti anda melibatkannya puleeekkk...

3- anda bercakap dengan nada suara yang rendah. jika anda meninggikan suara, dia hanya mendengar pekikan suara anda. dia atau orang lain yang ada disitu, pasti tidak faham malah tidak ambil peduli kata anda.

4- anda tumpukan topik atau isu yang ebrbangkit. apabila anda bercakap di luar topik yang rtidak berkaitan, anda sebenarnya menambahkan masalah. anda fokus topik yang berkaitan sahaja dan elakkan mengungkit.

5- anda fikir dulu sebelum cakap. bak kata orang tua, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata binasa.

6- masa untuk tenangkan hati. jika perlu, anda pergi ke mana-mana sehari dua dan tenangkan diri

7- anda faham setiap maksud kata-katanya. apabila anda memahami maksud katanya, anda dapat menyelesaikan masalah dengan lebih mudah.

8- anda bertengkar bukan hendak menang, tapi hendak menyelesaikan masalah. pertengkaran bukannya pertandingan untuk menjadi juara berbahas.

9- anda alihkan perhatiannya dengan membuat jenaka. tetapi awas!! jenaka yang berpada-pada sahaja.

10- anda diam, dengar dan biarkan begitu sahaja. biar dia luahakn apa yang dia rasa dan anda menjadi pendengar yang setia.pertengkaran pasti tidak akan terjadi.


soo... dah tarek napas panjang2...... lepas.....tarekkkkkk...lepasss.... so pasni...kalau gado...hahahah sennag je..pacak paku kat tengkuk si dia :p wewit....

2 20000 orang nak tau RAHSIA bunga!:

100,000 PENGOMEN SETIA!!